JOM LA JOIN NI ..KLIK DULU !

KAWAN2 SAYA

MEH JOIN

SAYANG KAMU SANGAT2

Saturday, September 18, 2010

KASUT RAYA

ni la kasut raya saya,murah harganya yang penting sesuai ngan saya...


Panduan memilih jenis kasut sesuai mengikut gaya:

Kasut tanpa tumit (leper)

- Digemari mereka yang mementingkan keselesaan tetapi sesuai untuk acara santai, lebih-lebih lagi jika ingin menghabiskan masa sehari suntuk untuk berjalan-jalan. Memudahkan pergerakan dan boleh mengelakkan kaki daripada lenguh atau ‘stress’.
- Sesuai digayakan bersama apa saja jenis potongan seluar sama ada jeans atau khaki. Cantik juga digayakan bersama skirt pendek.

Kasut bertumit rendah
- Sesuai bagi wanita bertubuh tinggi lampai selain mereka bertubuh gempal kerana mampu menampung berat badan.
- Cantik digayakan dengan seluar potongan tirus atau jubah berseluar, kebaya atau gaun untuk acara koktel.

Kasut bertumit tinggi
- Tidak sesuai dikenakan oleh mereka yang bertubuh besar tetapi sesuai untuk mereka bertubuh langsing dan sederhana. Boleh digayakan untuk acara formal dan juga bukan formal. Pemakaian kasut jenis ini membuatkan kaki kelihatan lebih panjang dan anggun. Paling cantik jika digayakan dengan padanan kemeja dan skirt mini, kemeja dan seluar panjang fabrik lembut, blaus dan seluar jeans.
- Untuk gaya ke majlis glamor atau makan malam, pilihlah kasut berhias berlabuci, manik atau diserikan dengan kilauan.

Kasut bertutup penuh
- Lebih sesuai apabila mengenakan pakaian daripada fabrik seperti kain bulu dan kain kordroi atau denim.
- Juga sesuai jika memakai jubah.

Loafers
- Kasut leper atau serupa dengan mokasin yang menutup bahagian hadapan kaki ini sesuai digayakan bersama seluar dan skirt labuh. Pilih yang berwarna lembut dan semula jadi atau diperbuat daripada fabrik sintetik untuk tampil menarik.

Sniker
- Sesuai untuk bekerja luar pejabat atau ketika melakukan aktiviti luar sama ada santai mahu pun lasak.
- Lazimnya ia serasi digandingkan dengan jeans. Untuk gaya kasual mungkin lebih sesuai dengan seluar pendek atau kapri.

But
- Boleh didapati dalam pelbagai jenis ketinggian tumit. Semua jenis but sesuai digayakan dengan seluar, skirt labuh dan jubah. Untuk jeans lebih serasi dipadankan dengan gaya potongan kaki but atau potongan yang bermula dengan straight cut dan berakhir dengan hujungnya agak terbuka. Apa pun, apabila membeli but pastikan ukuran sekitar buku lali tidak terlalu ketat atau longgar.

Sandal
- Bergantung kepada gaya sandal yang dimiliki, anda boleh menyesuaikan dengan banyak pilihan pakaian.
- Sandal sesuai untuk pakaian lebih santai dan kasual. Bagaimanapun, sandal yang bertumit nampak cantik jika dikenakan dengan pakaian konsep formal. Jika bergaya dengan jeans, pastikan potongannya yang kaki kembang.

Platform
- Paling sesuai digandingkan dengan seluar jeans potongan kembang. Ia juga sesuai dengan skirt kembang paras lutut.

Thursday, September 16, 2010

KENANGAN RAYA 2010



























Wednesday, September 15, 2010

HADIAH DARI EXCLUSIVE COTTON SHOPPE


Hadiah join GA exclusivecottonshoppe dah lama sampai,

sorry lambat update
bzzy je
terima kasih ya!!!

CUPCAKE TU MESTI SEDAP!!!




hadiah dari sis KELLY dah sampai,

apron kuning yang cantik sangat,
geram tgk cupcake tu,
pasti sedap kalau betul2 kan...
tq sis, selalu2 la buat giveaway ya,
saya pasti join nanti...
selain tu dapat jgk kad raya..tu je kad raya yg saya dapat,
zaman serba canggih ni semuanya diujung jari,
mana ada org nak g pejabat pos pos kad raya,
setem pun dah naik harga dah pakai setem 60sen bukan lagi 30sen tau!!!
semua dah naik harga,
eeeeeeeee....redo je la

Wednesday, September 8, 2010

RAYA-JUMAAT

LIBRESSEE FREE DAPAT DAH


Alhamdulillah selepas 4 hari isi borang LIBRESSEE dan emailkan,

dapat lah pad free tu,macam2 size ada...
suka sangat,thanks ya!!!

Tuesday, September 7, 2010

Contest "Sayang Adik" By AM Collection

nak join contest SAYANG ADIK...


Pic diatas 2 orang adik saya,alia dan iman,mereka sangat rapat,kasih sayang mereka sangat mendalam,kalau sikakak ke sekolah siadik asyik bertanya bila kakak nak balik,lama lagi ke,rindu la,nak makan sama la,
selalunya hari isnin siadik rasa lama sangat kakak nak balik,kerana sabtu Ahad mereka tak berenggang langsung..


Letakkan link & banner blog2 di bawah ini di sidebar blog anda sbg penaja bersama. Juga jadi follower mrk...

http://alishamardhiyah.blogspot.com
http://semua-barangmurah.blogspot.com
http://amphotogroup.blogspot.com
http://neezscollection.blogspot.com

Hadiah Yg Menanti Pemenang
1. Pakej Fotografi bernilai RM80 - Sumbangan AM Photography
2. Pakej Fotografi bernilai RM50 - Sumbangan AM Photography
3. Pakej Fotografi bernilai RM20 - Sumbangan AM Photography


5 Hadiah Saguhati
Voucher (RM5) utk pembelian di Alisha Mardhiyah Collection, AM Collection & Neez's Collectio
Hingga 11.59pm pada 30Sept2010. 8 orang pemenang dicari
nak join KLIK SINI