KASUT RAYA
ni la kasut raya saya,murah harganya yang penting sesuai ngan saya...
Panduan memilih jenis kasut sesuai mengikut gaya:
Kasut tanpa tumit (leper)
- Digemari mereka yang mementingkan keselesaan tetapi sesuai untuk acara santai, lebih-lebih lagi jika ingin menghabiskan masa sehari suntuk untuk berjalan-jalan. Memudahkan pergerakan dan boleh mengelakkan kaki daripada lenguh atau ‘stress’.
- Sesuai digayakan bersama apa saja jenis potongan seluar sama ada jeans atau khaki. Cantik juga digayakan bersama skirt pendek.
Kasut bertumit rendah
- Sesuai bagi wanita bertubuh tinggi lampai selain mereka bertubuh gempal kerana mampu menampung berat badan.
- Cantik digayakan dengan seluar potongan tirus atau jubah berseluar, kebaya atau gaun untuk acara koktel.
Kasut bertumit tinggi
- Tidak sesuai dikenakan oleh mereka yang bertubuh besar tetapi sesuai untuk mereka bertubuh langsing dan sederhana. Boleh digayakan untuk acara formal dan juga bukan formal. Pemakaian kasut jenis ini membuatkan kaki kelihatan lebih panjang dan anggun. Paling cantik jika digayakan dengan padanan kemeja dan skirt mini, kemeja dan seluar panjang fabrik lembut, blaus dan seluar jeans.
- Untuk gaya ke majlis glamor atau makan malam, pilihlah kasut berhias berlabuci, manik atau diserikan dengan kilauan.
Kasut bertutup penuh
- Lebih sesuai apabila mengenakan pakaian daripada fabrik seperti kain bulu dan kain kordroi atau denim.
- Juga sesuai jika memakai jubah.
Loafers
- Kasut leper atau serupa dengan mokasin yang menutup bahagian hadapan kaki ini sesuai digayakan bersama seluar dan skirt labuh. Pilih yang berwarna lembut dan semula jadi atau diperbuat daripada fabrik sintetik untuk tampil menarik.
Sniker
- Sesuai untuk bekerja luar pejabat atau ketika melakukan aktiviti luar sama ada santai mahu pun lasak.
- Lazimnya ia serasi digandingkan dengan jeans. Untuk gaya kasual mungkin lebih sesuai dengan seluar pendek atau kapri.
But
- Boleh didapati dalam pelbagai jenis ketinggian tumit. Semua jenis but sesuai digayakan dengan seluar, skirt labuh dan jubah. Untuk jeans lebih serasi dipadankan dengan gaya potongan kaki but atau potongan yang bermula dengan straight cut dan berakhir dengan hujungnya agak terbuka. Apa pun, apabila membeli but pastikan ukuran sekitar buku lali tidak terlalu ketat atau longgar.
Sandal
- Bergantung kepada gaya sandal yang dimiliki, anda boleh menyesuaikan dengan banyak pilihan pakaian.
- Sandal sesuai untuk pakaian lebih santai dan kasual. Bagaimanapun, sandal yang bertumit nampak cantik jika dikenakan dengan pakaian konsep formal. Jika bergaya dengan jeans, pastikan potongannya yang kaki kembang.
Platform
- Paling sesuai digandingkan dengan seluar jeans potongan kembang. Ia juga sesuai dengan skirt kembang paras lutut.
sumber laman web forum
0 comments:
Post a Comment