JOM LA JOIN NI ..KLIK DULU !

KAWAN2 SAYA

MEH JOIN

SAYANG KAMU SANGAT2

Thursday, October 7, 2010

WE'LL BE O.K?

ketidakpuasan hati

kau patut rasa malu dengan diri kau. sebelum nie, kau lah itu kau lah ini. kalau bab sakitkan hati orang, kawan sana sini, buat macam orang tak da hati, memang kau yang selalu hebat. kau ajar kawan kawan kau. berapa banyak perintis kau ada, yang kau sebarkan ajaran keras kepala degil batu kau tu? berapa banyak hati yang kau dah sakitkan? kau buat manusia manusia tu macam tak da hati, kau gunakan manusia untuk kepentingan kau. tapi itu dulu. benda yang dah jadi beberapa bulan yang lalu. tapi sekarang tengoklah diri kau? malu lah tengok diri kau sendiri! kau jatuh tersungkur. dan paling menyedihkan, kau jatuh tersungkur dekat diri kau sendiri. kau kalah dengan keegoan kau sendiri. kau kalah dengan permainan kau sendiri. kau kalah dengan emosi dan nafsu dunia kau sendiri. kau kalah dengan kedegilan kau sendiri. kau kalah dengan perjanjian diri kau sendiri. mana pergi diri kau yang kuat? mana pergi hati kau yang tak berperasaan tu? mana pergi semua kekuatan kau? mana keangkuhan kau? mana kezaliman kau yang selalu kau tunjukkan? mana ketidakpedulikan kau? mana? mana? kau manusia bodoh sekarang, yang cuma melihat dengan mata dan telinga tapi buta hatinya. malu. aku malu dengan kau. aku malu melihat kau terjatuh dek angin yang bertiup sayu tapi menggoncang seluruh ragamu. mana keutuhan mu? mana ketegaran mu? mana? bangunkan diri kau yang dulu. aku mahu lihat kebangkitan kau semula! aku cabar kau!


1 comments:

  • cik daisy said...

    hi nadiah.. thx 4 following my blog. i folo u too.. hehehe!

  • Post a Comment