JOM LA JOIN NI ..KLIK DULU !

KAWAN2 SAYA

MEH JOIN

SAYANG KAMU SANGAT2

Friday, April 30, 2010

COMELNYA ANAK SAPE TU????

lena sungguh simanja ni...
patutlah dah jauh malam...
awak tu bila nak tdo....

laaaa mana seluarnya...
mak ayah kalau dah ngantuk pun pakaikan anak tu seluar dulu ke,
tutup ngan selimut ke,masuk angin nanti....


jom mak2,ayah2, abang dan kakak kita bersenam dulu...
senaman pagi.....



wahhhh baca apa tu,emmm besar nya paper ni....
besar dari saya...

laaaaa anak sape pulak ni????
silap entry ke???


jom berjet ski kat SINI hehehe

Thursday, April 29, 2010

BEG LAGI

ada cara2 buat beg lagi,kat blog SARAH,
ada masa g la jengok ya....

Wednesday, April 28, 2010

CARA JAHIT ZIP


saya dah selamat sampai kl semalam,
masa ni tumpang kat umah kawan...
kawan baik satu kolej dulu...
tak de nak buat pe...
tadi jalan2 kat alam maya ni,
terjumpa cara2 nak jahit zip macam ni...


kawan2 g kat SINI,
banyak jgk pelajaran lain kat situ....
selamat berkarya semua...

Tuesday, April 27, 2010

BAS TRANSNASIONAL

Hari ini Rabu,28 April 2010, jam 10 pagi saya nak keKuala Lumpur,
menaiki bas ini,insyallah akan sampai jam 1 tghari nanti,
tujuan nak ke KL nak hadiri temuduga,kat tempat kawan...
kerja sebagai apa,hehehe nanti kalau dapat saya umumkan...


nak minta kawan2 doakan muga saya dapat kerja tu,
dah lama cari kerja,harap rezeki saya ada kat Kl nanti...

sedih gak nak tinggalkan Kuantan,mak ayah n adik2...
oklah saya g dulu,doakan saya selamat sampai kedistinasi yang dituju...
AMIN....

Saturday, April 24, 2010

YA ALLAH! SELAMATKAN KAMI

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHsI6zsv3RFF3Hzwj8mkFF7c17yfFQD0fOFZKsSWXy5IHjVHwmOP_RKecbSohnlG-LL_jZBBIgVukFVXfhfxCy-UbeFCHRcYsueHoZqpf_-QziLv9uYZ5CQ7yXZPnrUSB9kTTkuWXxRLg/s1600/0F671366.jpg
artikel ni mungkin ditulis sebelum disahkan penyakit apa sedang diidapi oleh arwah,
saya just share sesuatu disini,tak lebih...
terpulang pada kawan2 tuk menerimanya...
ya Allah bila baca artikel ni,rasa loya semacam tekak ni...
harap2 xde yang x baik berlaku....
kenapa ni????? baru lepas hilangkan dahaga meneguk 2 gelas air tebu ais petang tadi
,dari gerai tepi jalan nun....
emmmm panas sangat cuaca kat Kuantan hari ni...

Friday, April 23, 2010

DERITA BENAR-AZAB ANAK DERHAKA HADAPI AJAL

Jangan sesekali menderhaka kepada ibu kita.
Bacalah yea =)

Sayapun tidak pasti kesahihahan cerita ini tapi seelok-eloknya kita mengambil ikhtibar dan sama2 saling memperingati antara satu sama lain.

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas
di katil.

Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz,doktor pun tak tau." Sedang kami berbual,
tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan. "Emak ampunkan saya mak.> Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami.

Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya? "Panggil ibunya segera," kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri. "Kenapa ni?" tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas." "Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal Ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal. "Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku."

"Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,"jawab salah seorang daripada mereka. Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik
empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan.

Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan
jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama
hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka dikampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat
berniaga," katanya kasar. "Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu,"jawab si ibu. "Ahhh, saya tak kira." "Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya. Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun.

Suatu hari, Jalal datang kerumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke
hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskankemarahan nya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal.

Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit,meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih.
Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil.

Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat ber buat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya. "Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya. Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. "Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya saya bersalah." Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' Dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil.

Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi. Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering. "Ustaz! cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang. Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya,saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah dipenghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna.
Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka.

Tiba-tiba ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan
segala-galanya yang Ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian Dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap,merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya.

Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan
keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupayauntuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup
mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan
jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah
negeri di pantai barat semenanjung.

Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara
serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami.

Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham
sementara saya pula memandu pulang ke rumah.

Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil. Dan ditambur ke atasnya.

Tiga Hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga
Allahyarham. "Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz " "Apa masalahnya itu?" tanya saya. "Kubur adik saya berlubang ustaz." Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang TU disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka
mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya. Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan.

Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham. "Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang DOA itu sebanyak tujuh kali."Seperti yang saya nasihatkan, pada malam
berkenaan merekamengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya Aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa Hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa malapetaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman Dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah. ....Amin.

kedit tuk NOORAFZAN

TUDUNG WANITA

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati,kerana ilmu dan kewarakannya,
"Tudung wanita itu ada empat...
1.tudung pada wajahnya
2.tudung pada mata
3.tudung pada suara
4.tudung pada hati

APA ERTINYA

1.tudung pada wajah
jangan sampai wajahnya mengundang fitnah.
kecantikan adalah pingitan buat suami,bukan pameran untuk lelaki ajnabi.
2.tudung pada mata
jangan matanya memandang lelaki selain mahramnya.
solehah yang hakiki tidak dipandang ,tidak memandang.
3.tudung pada suara
jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempesona.
4.tudung pada hati
mengingati Allah dengan tasbih Siti Fatimah,
SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,DAN ALLAHU AKBAR."

dari nota hati seorang lelaki"terbitan telaga biru"
kedit tuk SUAIDAH

INDAHNYA BILA BERDUA



nak tengok2 gambar pengantin yg cantik2 g la kat SINI...
dengan teknik yang betul,buat kita rasa macam kita sendiri yang jadi raja sehari tu,
menyulam angan2 yang tak pastikan datang...
yang pasti kalau dah jodoh takkan kemana kan....
dia tetap milik kita...
INSYALLAH,janji Tuhan tu pasti ada hikmahnya....
AMIN..

Thursday, April 22, 2010

LUKISAN KARTUN MUSLIMAH


kedit tuk MYART BLOG

Tuesday, April 20, 2010

CONTEST MAI SECAWAN

Salam semua kawan2,malam ni nadiah nak join contest kat blog MRSFIZA lagi,
tuk yang kedua kalinya...sempena annivesary blognya yang pertama pada bulan mei nanti,
happy anniversary saya ucapkan...muga makin maju buisness MRSFIZA nanti...
pertama kali join tak de rezeki menang...
harap2 kali ni i have luck to win.....
senang je nak join......
Buat post dengan hanya copy sahaja khasiat Radix di bawah ini


Khasiat Kopi Radix:

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :

  • Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
  • Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
  • Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
  • Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
  • Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
  • Halban (IMUNITI).
  • Larak Hutan (KARDIOTONIK).

* Disebabkan disable right click jadi caranya highlight dulu kemudian klik CTRL C utk copy dan klik CTRL V utk paste. Tajuk Entri mestilah: CONTEST MAI SECAWAN! Link kan ke blog fiza supaya ramai boleh join.. TQ :)


HADIAHNYA...
1. 1orang x (minyak herba + ubat gigi herbal)


2. 1orang x (bedak jasmin+ ubat gigi herbal)


3. 3orang x 3 bungkus Kopi Radix (15 sachet)


Jadi ada lima pemenang semuanya


Tarikh Tutup:10hb Mei 2010
kawan2 meh la ramai2 kita join contest ni......
klik SINI...

RAHSIA SURAH WAJIB DALAM ISLAM

Al-Fatihah dibaca untuk mendapat barakah Allah di awal majlis, Al-Fatihah juga disedeqahkan kepada orang yang pergi meninggalkan kita. Namun, terdapat banyak fadhilat dan rahsia sunnatullah dalam ummul kitab itu.
antaranya yang akan dibincangkan di bawah.

Rahsia SURAH AL-FATIHAH.

1. Untuk membuat seseorang (suami/isteri, anak-anak) agar senantiasa
mengingati kita.
* Bacalah Surah Al-Fatihah 14 kali sebelum tidur malam.
2. Untuk penyakit yang agak tenat.
* Baca Surah Al-Fatihah 41 kali dan tiup ke dalam air. Minum dan buat mandi
dengan menggunakan air tersebut.
3. Untuk penyakit mental.
* Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala orang tersebut
pada waktu pagi dan pada waktu malam, setiap hari tanpa jemu.
4. Bila di dalam kesakitan yang amat sangat,
* Baca Surah Al-Fatihah 3 kali dan tiup ke dalam gelas berisi air dan minum.
Kemudian baca Surah Al-Fatihah sambil menggosok di bahagian yang
sakit itu.
5. Untuk bayi yang selalu menangis terutama pada waktu malam.
* Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala bayi itu.
6. Untuk kecederaan seperti luka, disengat lebah, berdarah, jari tersepit pintu.
* Baca Surah Al-Fatihah 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan ambil air liur dari
“langit-langit” dan sapu pada bahagian yang cedera itu.
INSYA’ ALLAH perkara-perkara yang disebutkan di atas berkesan dengan
beberapa syarat:
* Percaya dan yakin bahawa Surah Al-Fatihah adalah “penawar” yang terbaik
untuk segala-segalanya.
* Baca Surah Al-Fatihah dengan khusyuk.
* Tawakal kepada Allah.
* Guna Surah ini hanya untuk niat yang baik.
Fatihah Seribu Faedah
Sesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:
i) Meminta pangkat melainkan ia dapat
ii)Ia miskin melainkan jadi kaya
iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.
v) Ia lemah melainkan dikuatkan.
vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.
Fatihah Mengembalikan Pangkat
Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula:
Hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi. PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN.
Fatihah Mendapat Zuriat
Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik.
Fatihah Sakit Mata
Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Fatihah dengan niat meminta:
i) Sembuh penyakit matanya
ii) Pulih pandangannya.
iii) Menurut peraturan yang telah disebutkan diatas iaitu:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan sembuh penyakit mata itu.
Fatihah Di atas Kapas
Sesiapa membaca Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin
Allah.
Wirid Fatihah
Sesiapa yang membaca Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan ia:
i) Dimurahkan rezekinya
ii) Diperbaiki hal ehwalnya
iii) Dibersihkan hatinya
iv) Diangkat darjatnya
v) Dimudahkan pekerjaannya
vi) Dilepaskan ia dari dukacita
vii) Dijauhkan dari mudharat
viii) Diberi ia kerajinan dan semangat
ix) Tidak kecewa
tak) Jauh dari hasutan syaitan
xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan
Dinding Masa Tidur
Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca:
Qul Huwallah Hu Ahad - 3 kali
Qul A’uzubirabbil falaq - 1 kali
Qul A’uzubirabbin Nas - 1 kali
Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur.
sebaik-baik penawar ialah ayat alquran.Namun, berhati-hatilah membaca Al-Fatihah kerana sekiranya salah membacanya maka rosaklah Al-Fatihah itu.
Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)
sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu)
sepatutnya Iyya. Iya bermaksud
‘matahari’
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya
akan bermaksud “kepada
mataharilah yang kami sembah dan
kepada matahari kami meminta
pertolongan”!!!!
7) SIROTHOLLAZI…………. sehingga
habis hendaklah dibaca
tanpa
henti.
AMIN .hendaklah mengaminkan Al- Fatihah dengan betul iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat InsyaAllah.
semoga kita menjadiorang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Al Fatihah juga boleh dibaca semerta untuk hal-hal seperti meredakan kemarahan seseorang. Niatkan dalam hati untuk sedeqahkan surah itu kepada orang tersebut dan berdoa dengan Allah agar menghilangkan kemarahannya. bacalah Al Fatihah dengan ikhlas, insyaallah orang tersebut tidak marah lagi.
Begitu juga jika mahu suami atau anak ingat dan rindukan kita, sedeqahkanlah surah al-fatihah itu dengan ikhlas atas namanya dan pohon dengan Allah agar dimasukkan rindu dalam ingatan mereka kepada kita.
mudah-mudahan hubungan anak dan ibu serta suami dan isteri semakin kukuh, walaupun begitu, ayatul quran bukanlah digunakan untuk tujuan yang bertentangan dengan syarak . Semoga perkongsian Ukhwah Sufi sedikit sebanyak dapat berkongsi maklumat dengan sahabat sekalian akan kelebihan ayat quran, InsyaAllah.

Monday, April 19, 2010

AVAST FREE ANTIVIRUS-DOWNLOAD


klik SINI

DAFTAR BLOG DIPORTAL NIAGA ANDA

Blog Pilihan Hari Ini : 19 APRIL 2010

Sila lawati blog - blog yang telah menjadi pilihan pihak PNA hari ini.
( Sila klik pada image di atas untuk ke blog - blog niaga tersebut ).


bangga rasa hati bila blog saya yang tak seberapa ini tercalon untuk diiklan
di PORTAL NIAGA ANDA
tujuan untuk mempermosikan blog kita pada lebih ramai lagi pengunjungnya....
disudahi dengan ucapan terimakasih...

harap lepas ni makin ramai kawan2 daftar kat sana,percuma je...

BLOG PERTAMA : TUDUNG CANTIKK
Blog ini menawarkan tudung-tudung menarik untuk wanita Muslimah tampil sopan dan anggun...

Di bawah merupakan sedikit maklumat untuk mengenai blog ini untuk anda.
Maklumat lanjut, dapat kan di blog tersebut.

Nama Pemilik Blog : Shuhaini Daud
Email : sopansantun01@gmail.com
No Telefon : 0194582773

--------------------------------------------------------------------

BLOG KEDUA : NET'S KEREPEK



Penerangan ringkas tentang blog ini : di sini ada menjual kerepek,juga barangan lain...
di samping itu, ia juga sebagai blog peribadi ..
Pihak yang boleh anda hubungi : nurul nadiah
Email : sisnadiah@gmail.com


--------------------------------------------------------------------

BLOG KETIGA : KHAZANAH SYAM MARKETING
( Koleksi Jubah dan Abaya )
http://khazanahsyam.blogspot.com/

Nama Pemilik Blog : Khazanahsyam
Email : khazanahsyam@yahoo.com
No Telefon : +60132967262

Penerangan ringkas tentang blog ini :
Kami menjual barangan2 daripada negara Jordan dan Syria seperti kitab2 arab,jubah dan abaya,barangan laut mati,zaafaran,habbatus sauda',stokin syam,hiasan Al-Quran dan banyak lagi yang menarik dengan harga jualan yang sangat berbaloi..Kami merupakan pelajar Jordan

Saturday, April 17, 2010

DOWNLOAD CCLEANER


di SINI

ACHIK SPIN MENINGGAL DUNIA.

Achik Spin Penyanyi yang popular dengan lagu Memori Berkasih berduet dengan Siti Nordiana telah meninggal dunia akibat kemalangan yang mengakibatkan Mpv yang dinaiki oleh arwah terbabas dan terbakar di lebuhraya Seremban.


...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau..dan ditempatkan di kalangan...
...orang-orang yang beriman dan beramal soleh...Amiin!!!...
...Takziah buat isteri beliau dan kaum keluarga...tabahkanlah hati di dalam menempuh ujian ini...
...AL-FATIHAH!...
SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.Utusan

banyak lagi kesah kat SINI


Thursday, April 15, 2010

RED RIBBON BOUTIQUE GIVEAWAY CONTEST!

Red Ribbon Boutique


Red Ribbon Boutique



pantang ada giveaway pasti nak join kan!!!
kali ni nak join giveaway kat blog REDRIBBONBOUTIQUE...

HADIAHNYA

1. BRAND NEW LONG TEE... You may check the FEMALE section for details of size and price (for you of course it's free)
2. Nose Clipper!
3. Online Game keychain!

berakhir hingga 30 april 2010
ada masa lagi ni...
sesiapa nak join klik SINI....
harap2 blh menang kali ni....

Wednesday, April 14, 2010

SLING BAG



Connect the dots! Draw a curve from one mark to the other.
Now cut that curve out.

Open the whole thing and you should have four pieces that look like this.

nak tau kesudahan macam mana buat sling bag ni,
jom klik SINI...
sama2 la kita kutip ilmu menjahit ni...
kalau kawan2 ada ilmu menjahit kongsi ngan saya,
saya sangat menghargainya...

CUTE BAG


cantik kan bag kat atas tu,cam simple je nak buat,
pada kawan2 yang nak cuba buat g kat SINI,
bagi saya yang tak pandai menjahit ni simpan je buat harta,
insyallah kalau ada masa nanti nak cuba buat...
tapi tak tau lagi bila...
nanti lahhhhhh.....hehehe

Photoscape...free Photo Editing Software...




Jalan2 kat blog justmysimplelife,
jumpa pelajaran baru buat saya...bab edit mengedit gambar,
saya ni memang x pandai pun,
lepas ni boleh lah saya asah bakat yang ada,hehehe kalau ada laaaaaaa...
tak cuba tak tau kan,

bagi kawan2 nak cuba PHOTOSCAPE ni kena la download dulu,
kalau nak download klik SINI...
kat atas tu hasilnya...
tak pro tapi boleh la...

Monday, April 12, 2010

MONICA'S FIRST GIVEAWAY

masih sempat ni nak join giveaway MONICA..
tarikh akhirnya esok 13 april 2010...
kalau kawan2 nak join klik SINI...


Hadiahnya...

Salah 1 hadiah yang di sediakan..
(tali telefon,sarung telefon dan aksesori telefon)

hadiah ini khas untuk entry yang dapat memikat hati Monica..

3 pemenang akan menerima hadiah berdasarkan cabutan bertuah..
(1 teddy bear dan 1 kalungan wangi)

LUCKY DRAW

NAK JOIN LUCKY DRAW KAT BLOG MEMORY SHOP...

KEPUTUSAN LUCKY DRAW AKAN DIUMUMKAN PADA 4/5/2010

HADIAH-HADIAH !!!!!

1st = Rm30 + BROOCH ( PILIHAN ANDA )
2nd = Rm20 + BROOCH ( PILIHAN KAMI )
3rd = rm10 + BROOCH ( PILIHAN KAMI )

SESIAPA NAK JOIN KLIK SINI YA!!!!

Sunday, April 11, 2010

CONTEST LELAKI MISTERI

jom join contest kat blog CT
Kenal lelaki kat gambar dibawah ini?

namanya E_QroMi hubungan sebagai follower sejati dan mungkin kenalan lama....


♥TARIKH TUTUP: 15-APRIL-2010

♥HADIAH♥
✿MISTERI✿
sebab contest pun misteri
Untuk 3 peserta dengan jawapan yang betul. Jika lebih dari 3 yang betul sistem undian akan dilakukan

nak join klik SINI